Masjid Menjadi Sunyi
Baru-baru ini,keadaan masjid tidak seperti dulu yang penuh dengan anak muda dan warga emas. Bukan kerana penyakit berjangkit ataupun penyakit yang boleh membawa maut, tetapi kerana generasi muda yang jarang menjejakkan kaki mereka ke masjid. Hal ini amat berbahaya, kerana mereka mungkin akan lupa
Masjid bukan sahaja tempat institusi pendidikan dan perbincangan ekonomi malah masjid juga berfungsi sebagai pusat ibadat kepada Alllah S.W.T bagi umat islam. Bukan setakat itu shaja, malah masjid juga berfungsi sebagai pusat persinggahan musafir, sebab itu lah islam terbuka kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya.
Pelbagai cara dan kaedah yang telah dilakukan oleh para jemaah, namun generasi muda tetap leka dengan teknologi terkini dan tidak ingin pergi ke masjid. Berikut adalah kaedah ataupun cara-cara untuk menarik perhatian generasi muda supaya pergi ke masjid. Pertama , para jemaah boleh menjemput penceramah terkenal di media sosial, seperti Ustaz Don, Aiman Bana, dan Ustaz Abdullah Khairi. Generasi muda mungkin akan tertarik dengan kehadiran penceramah terkenal.
Kedua, para jemaah juga boleh mengadakan makan-makan selepas solat isyak. Dengan tindakan efektif ini, kebarangkalian peluang untuk generasi muda untuk datang ke masjid adalah tinggi. Seperti contoh, menyediakan bihun, mee goreng, char kueh teuw dan lain-lain. Mungkin dengan ini boleh meningkatkan para jemaah.
Ketiga,paara jemaah boleh membina tempat rekreasi ataupun taman permainan berdekatan masjid. Tujuan membina kawasan tersebut adalah untuk memastikan generasi muda peka dengan panggilan azan dan tidak membuang masa mereka dengan sia-sia.
Kesimpulan ialah pihak yang berwajib perlulah mengadakan program wajib datang ke pusat islam pada hari tertentu bagi pelajar institusi beragama islam kerana perkara sebegini dapat membiasakan mereka untuk datang ke masjid.Selain itu, generasi muda haruslah memanfaatkan masa yang ada untuk ke masjid utuk solat berjemaah kerana solat jemaah itu lagi besar fadhilat daripada solat bersendirian.
No comments:
Post a Comment